Apa hukum ucapan ‘Kebetulan’?

Soalan:

Bolehkah saya menggunakan istilah ‘kebetulan’ apabila saya terserempak dengan seorang rakan ketika pergi ke pasar?

Jawapan:

Tidak salah menggunakan ungkapan itu.  Ia bermaksud, perkara itu berlaku bukan atas rancangan si pelaku.  Bukan bermaksud perkara itu di luar takdir ALLAH.  Ungkapan itu pernah digunakan dalam sebahagian hadith.

Anas r.a berkata:

“Aku berangkat bersamanya (`Abdullah bin Abu Talhah) berjumpa Rasulullah s.a.w.  Secara kebetulan, aku terjumpa dengannya sambil membawa alat gosok pakaian.”  –  Riwayat Muslim,no. 2144.

Laqit bin Sabrah berkata:

“Aku adalah utusan Bani al-Muntafiq ingin mengadap Rasulullah s.a.w.  Setibanya kami di hadapan rumah baginda, kami tidak berjumpa dengannya di rumahnya.  Tetapi, secara kebetulan kami dapat berjumpa dengan `A’isyah Ummul Mukminin.”  –  Riwayat Abu Daud, no. 142.  Hadith ini telah diklasifikasikan sebagai hadith oleh al-Albani dalam Sahih Abu Daud.

Majlis Fatwa Tetap menegaskan:

“Perkataan itu tidak diharamkan dan tidak dianggap syirik.  Ia cuma bermaksud, terjumpa seseorang tanpa membuat sebarang perjanjian sebelum itu.”  –  Fatawa al-Lajnah ad-Daaimah, jil: 3, ms: 393)

Sheikh Ibn `Uthaimin r.h berkata:

“Kebetulan merupakan perkara yang biasa berlaku di kalangan manusia yang tidak mengetahui perkara ghaib.  Ada kalanya seseorang terjumpa sesuatu di luar pengetahuannya, tanpa dirancang sebelum itu.  Namun begitu, keadaan ini tidak mungkin berlaku kepada ALLAH kerana setiap sesuatu telah diketahui dan ditentukan-NYA.  Jadi, tiada suatu perkara pun yang berlaku secara kebetulan bagi ALLAH.  Bagi saya dan kamu, perkara ini tidak mustahil.”

(Fatawa Sheikh Ibn `Uthaimin, jil: 3, ms: 117)



%d bloggers like this: