Kehendak Sendiri Atau Kehendak ALLAH?

Soalan:

Bagaimanakah kita ingin membezakan antara kehendak sendiri dan kehendak ALLAH?

Jawapan:

Sheikh Ibn `Uthaimin r.h berkata:

“Cuba kamu tanya diri sendiri, adakah kamu dipaksa oleh orang lain ketika ingin bertanya soalan ini?

Kemudian cuba kamu tanya, adakah sesuatu kemalangan yang menimpa kamu berlaku atas pilihan sendiri?  Adakah penyakit yang kamu deritai pilihan kamu?  Adakah kematian atas pilihan sendiri?

Jika berlaku sesuatu atas kehendak seseorang, maka hal itu sebenarnya adalah kehendak ALLAH.

Firman ALLAH yang maksudnya:

“Sesiapa di kalangan kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.  Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh ALLAH, TUHAN yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam”  –  Surah at-Takwir:  28-29

Perkara-perkara seperti sakit, mati dan kemalangan, merupakan ketentuan ALLAH dan seorang hamba tidak mempunyai sebarang pilihan dalam menentukannya.”

(Majmu` al-Fatawa oleh Sheikh Ibn `Uthaimin, jil:2)



%d bloggers like this: