Masa Yang Menentukan?

Soalan:

Bolehkah kita mengatakan ‘biar waktu yang menentukan segala-galanya’ atau ‘biarlah taqdir yang menentukan’?

Jawapan:

Perkataan seperti itu tidaklah sepatutnya diungkapkan.  Waktu dan taqdir tidak memiliki apa-apa kuasa untuk menentukan sesuatu.  Sheikh Muhammad bin Soleh al-`Uthaimin r.h ditanya persoalan yang sama.  Beliau menjawab:

“Ia termasuk perkataan mungkar.  Waktu bererti masa.  Ia tiada kuasa dan kehendak.  Begitu juga taqdir.  Ia tidak memiliki kuasa dan kehendak”

Kuasa dan kehendak hanya milik ALLAH `Azza wa Jal.  Jika seseorang berkata, “taqdir ALLAH yang menentukan sesuatu” ia tidak termasuk perkataan yang dilarang.”

(Majmu` Fatawa wa Rasaa’il, oleh Muhammad bin `Uthaimin, jil: 3, ms: 131-132.  Rujuk Al-Iman bu al-Qadha’ wa al-Qadr, oleh Muhammad bin Ibrahim al-Hamd, ms: 147)



%d bloggers like this: