Syarat Dalam Pergaulan

Soalan:

Saya pernah mendengar terdapat hukum atau adab tertentu yang ditetapkan untuk berhubung antara lelaki dan perempuan. Adakah situasi ini dibenarkan antaranya bertanya khabar keluarganya, perubatan, jual-beli, berkenalan untuk mengahwininya dan berdakwah kepada ISLAM?

Jawapan:

Adab atau syarat yang tertentu telah ditetapkan dalam ISLAM untuk berhubung dengan wanita ajnabi dalam al-Quran:

“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka.” – Surah al-Ahzab, 33 : 53

“Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut dan manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” – Surah al-Ahzab, 33 : 32

Ibnu Kathir rh berkata:

“ALLAH memerintahkan agar percakapan lelaki dan wanita ketika berhubung dengan tegas, jelas dan sopan, iaitu ringkas tanpa ada maksud lain.  Tidak boleh bercakap dengan suara yang menggoda, manja dan lembut.  Perbuatan ini dilarang oleh syarak.”

Berhubung bercakap dengan wanita ajnabi dalam urusan jualbeli, dakwah, pembelajaran dan memberi fatwa perlu dalam keadaan yang tegas tanpa berlebih-lebihan. Ini menghalang daripada berlakunya fitnah hati yang mengarah kepada perbuatan yang tercela.

Seorang wanita hendaklah menggunakan bahasa dan adab yang sopan tanpa meninggi suara dan tidak pula untuk tujuan menggoda.  Selagi tidak merangsang nafsu, ia dibolehkan ISLAM.

Berhubung dengan lelaki ajnabi hanya dalam keadaan tertentu sahaja. Seorang wanita solehah akan menjaga maruah dan dirinya daripada fitnah lelaki.

(Rujuk fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajid)



%d bloggers like this: