Tuntutan Qadar & Qadha’

Soalan:

Apakah pandangan Islam terhadap keimanan kepada qadar dan qadha’?

Jawapan:

Percaya kepada qadar dan qadha’ merupakan salah satu asas keimanan.  ALLAH Mencipta dan Mengetahui segala yang diciptakan.  Tidak ada apa yang terkeluar daripada qadar dan qadha’-NYA.  DIA telah menulis semua perkara di sisi-NYA, iaitu dalam Lauh Mahfuz 50,000 tahun sebelum DIA mencipta makhluq lain.  Segala yang dikehendaki ALLAH pasti tidak akan terjadi.

Jika seseorang ditimpa sesuatu, bukanlah bererti dia melakukan kesalahan.  Dan kesalahan yang dilakukan pula bukan untuk menimpakan musibah ke atas dirinya.  Seorang manusia tidak dipaksa melakukan ketaatan atau maksiat.  Bahkan dia mempunyai kehendak yang sesuai dengan keadaan.  Tetapi ia masih di bawah kehendak ALLAH yang Maha Pencipta.

(Fatwa Syeikh Muhammad bin Soleh al-Munajjid)



%d bloggers like this: