Bolehkah Meminta Mati?

Soalan:

Saya menghadapi masalah besar dalam kerjaya dan kehidupan sosial.  Bolehkah saya meminta agar ALLAH mematikan saya?

Jawapan:

Orang mukmin dilarang mengharapkan kematian.  Tetapi, jika seseorang itu sudah tidak tahan lagi menanggung penderitaan, sehinggakan dia rasa ingin mati, dia disyorkan berdo`a seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Janganlah salah seorang kamu mengharapkan kematian disebabkan musibah yang melanda dirinya.  Jika dia berasaterlalu terdesak, maka ucapkanlah:  Ya ALLAH, panjangkanlah hidupku selagi hidup itu baik bagiku.  Wafatkanlah aku jika kewafatan itu lebih baik untukku.”  –  Riwayat al-Bukhari, al-Fath al-Bari, jil: 11, ms: 154.

(Al-Iman bi al-Qadha’ wa al-Qadar, oleh Muhammad bin Ibrahim al-Hamd, ms: 159)



%d bloggers like this: