Isteri Taqdir Atau Pilihan?

Soalan:

Adakah isteri pilihan sendiri atau taqdir ALLAH?  Saya berasa amat sedih kerana tidak dapat bersama orang yang saya cintai dan ditaqdirkan berkahwin dengan orang lain.

Jawapan:

Semua perbuatan ALLAH adalah baik.  Kadangkala seseorang berasa sedih kerana tidak mendapat apa yang dicita-citakan.  Ada kalanya dia benci kepada apa yang terjadi.  Sedangkan dia tidak tahu kebaikan di sebalik semua itu.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia buruk buat kamu.  ALLAH jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahui”  –  Surah al-Baqarah: 216

(Fatwa Sheikh Muhammad bin Soleh al-Munajjid)



%d bloggers like this: