Memandang Wanita?

Soalan:

Saya tahu pandangan seorang lelaki adalah haram terhadap wanita. Kadang-kadang saya terpandang mereka berkali-kali. Kemudian saya teringat perintah ALLAH dan terus menundukkan pandangan saya. Berdosakah saya?

Jawapan:

Jarir bin Abdillah r.a berkata:

“Aku bertanya Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tentang sekilas pandangan. Lalu Baginda mengarahkan agar aku memalingkan pandanganku.” – Hadith Riwayat al-Tirmizi:  2700.

Al-Mubarakfuri rh berkata:

“Maksud sekilas pandang ialah terpandang wanita ajnabi secara tiba-tiba dan tidak sengaja.  Tetapi jika memanjangkan pandangan ia dikira berdosa.”

Firman ALLAH SWT:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).” – Surah al-Nur: 30.

Sabda Rasulullah SAW:

“Wahai Ali, janganlah kamu ikut pandanganmu dengan pandangan yang lain. Pandangan kamu hanya yang pertama dan tiada yang lain.” – Hadith Riwayat al-Tirmizi:  2701.

Oleh itu, dibolehkan jika pandangan yang tidak disengajakan.  Manakala haram hukumnya jika pandangan dengan niat dan berterusan pula sama ada bernafsu atau diiringi dengan khayalan yang tidak baik.

(Rujuk fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajid)



%d bloggers like this: