Ibu Berperangai Buruk?

Soalan:

Seorang pemuda tinggal dengan ibunya yang telah bercerai dengan bapanya dan tidak lagi beramal dengan Islam.  Ibunya melakukan pelbagai jenis maksiat yang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam dosa-dosa besar.

Sekarang, dia berasa amat bersalah tinggal bersama ibunya dan ingin ibunya kembali ke pangkal jalan.  Apakah yang perlu dia lakukan agar ibunya berubah?

Jawapan:

Pemuda ini amat menderita dengan keadaan yang dihadapinya. Semoga ALLAH menolongnya dan mendorong ke arah jalan hidayah.  Sesungguhnya ALLAH lah sebaik-baik penolong.

Kamu harus mengingatkan pemuda itu agar sentiasa memuliakan kedua ibubapanya.  Ini adalah tanggungjawabnya.

Walau apapun yang berlaku ke atas ibubapanya, dia harus menerima mereka. Seperti firman ALLAH dalam surah Luqman ayat 14-15.

Keadaan seperti itu tidak sesuai dengan pemuda tersebut. Dia inginkan syurga sedangkan ibunya ‘mencari’ neraka. Jangan biarkan ibunya dalam keadaan begitu. Dia harus terus berusaha untuk mengubah cara hidup ibunya yang penuh dosa dna noda itu.

Berilah peluang untuk ibunya kembali ke jalan kebenaran dengan berdakwah secara berhikmah. Ucapkanlah kebenaran agar hati ibunya terbuka dan meninggalkan segala dosa yang dilakukannya.  Ceritakan keampunan yang disediakan ALLAH untuk hamba-hambaNYA yang terlanjur berbuat dosa serta balasan-balasan yang ALLAH akan berikan kepada orang-orang yang sentiasa mengejar dunia.

Jika ibunya tidak dapat menerimanya, jauhilah dirinya dan tinggal berasingan daripada ibunya. Tindakan ini bukan bermaksud untuk meninggalkan ibunya selamanya, tetapi untuk menghalang diri pemuda itu supaya tidak terpengaruh dengan ibunya. Layanlah ibunya dengan baik dan lakukanlah kebaikan padanya.
Kami memohon agar ALLAH mengurniakan kesabaran kepadanya dan memberikan ganjaran di atas segala usaha kerana DIA sebaik-baik Penyokong dan Penolong.

(Rujuk Fatawa Sheikh Muhammad Soleh al-Munajid.)



%d bloggers like this: