Ibu Larang Berpuasa Sunnat?

Soalan:

Adakah seorang ibu berhak melarang anaknya daripada berpuasa sunnat?

Jawapan:

Ibu bapa berhak menghalang anak mereka daripada melakukan ibadah sunnat termasuk umrah, puasa dan sebagainya.  Terutama jika ibu bapa merasakan perkara sunnat itu boleh membahayakan anak mereka. Tetapi ibu bapa tidak berhak menghalang dalam perkara-perkara wajib.

(Rujuk Fatawa Sheikh Abdul Karim al-Khudair.)



%d bloggers like this: