Isteri Ber’chatting’?

Soalan:

Saya seorang ibu kepada dua orang anak dan gemar berchatting dalam internet.  Saya telah berkenalan dengan seorang lelaki dan amat tertarik dengan kata-katanya sehingga sanggup mengirimkan gambar kepadanya.  Kini, saya amat menyesal dengan apa yang saya lakukan.  Tolonglah saya selesaikan masalah ini.

Jawapan:

Pertama, tidak syak lagi bahawa perhubungan seperti ini membawa fitnah dan kejahatan.  Kamu telah terpengaruh dengan kata-kata lelaki tersebut.  Haram hukumnya jika kamu masih lagi meneruskan perbuatan ini.

Kedua, kamu wajib bertaubat dan memohon keampunan daripada ALLAH.  Menyesallah di atas apa yang telah dilakukan.  Tinggalkan segera perhubungan ini.  Mohonlah kepada ALLAH agar DIA menutup keaiban kamu di dunia dan di akhirat.

Saya nasihatkan kamu agar menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang berfaedah untuk agama dan kehidupan kamu.  Belajarlah dengan lebih mendalam tentang agama dan cara meningkatkan kecintaan dan ketaatan kepada suami kamu.

Jaga dan peliharalah anak-anak kamu.  Ini semua akan mendatangkan pahala kepada kamu.  Banyakkan melakukan amalan-amalan soleh, berkenalan dengan wanita-wanita solehah yang boleh membantu kamu menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

(Rujuk Fatwa Sheikh Muhammad Soleh al-Munajjid)



%d bloggers like this: