Adakah Suara Wanita Itu Aurat?

Soalan:

Adakah suara wanita itu aurat?

Jawapan:

Suara wanita tidaklah aurat secara mutlak.  Pada zaman Rasulullah s.a.w, para wanita sentiasa mengadu dan bertanya soalan-soalan yang berkaitan dengan Islam.  Begitu juga pada zaman pemerintahan khulafa’ ar-Rasyidin, mereka memberi salam kepada yang asing bahkan menjawab salam.

Hal ini juga tidak pernah dinafikan oleh para ulama Islam.  Namun tidak boleh jika suara itu dilembut-lembutkan dan mempunyai unsur-unsur godaan.

Firman ALLAH yang maksudnya:

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).”  –  Surah al-Ahzab:  32.

Suara yang lembut dan lunak boleh menimbulkan syahwat dan keghairahan kepada lelaki.  Ia juga boleh menimbulkan fitnah dan membawa kepada perkara-perkara yang ditegah oleh ALLAH.

(Rujuk fatawa al-Lajnah ad-Da’imah Lilbuhus al-Ilmiah wal Ifta’, jil: 6, ms: 83.  Rujuk fatawa Sheikh Mohammad Soleh al-Munajjid.



%d bloggers like this: