Wanita Berucap Di Khalayak Ramai?

Soalan:

Bolehkah seorang wanita memberikan ucapan atau ceramah di khalayak ramai yang terdiri daripada lelaki dan wanita.  Apakah dalilnya?  

Jawapan:

Sheikh Abdullah Jibrin r.h berkata:

“Tidak boleh seorang wanita berucap di khalayak lelaki.  Melainkan jika keadaan amat memerlukan dan perlu ada batasan-batasan yang tertentu.  Mereka perlu meletakkan penghadang bagi menghalang orang lelaki melihatnya.  Dia hendaklah tidak melunakkan suara kerana suara wanita adalah aurat.  Ini kerana terdapat larangan wanita bertasbih ketika menegur imam yang salah dalam solat.  Bahkan mereka dianjurkan agar menepuk tangan agar tidak bersuara.”

Adakah ucapan atau ceramah seorang wanita itu amat diperlukan sehinggakan terpaksa mengorbankan perintah ALLAH?  Jika ucapan ini diadakan di hadapan wanita, ia tidak menjadi masalah.  Tetapi ia dilarang sekiranya di hadapan lelaki.

Berdo`alah kepada ALLAH agar kita sentiasa beristiqamah dengan perintah ALLAH.  Suburkanlah peribadi kamu dengan syariat ALLAH.  Sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik pemberi hidayah dan pelindung kita semua.

(Rujuk Fatawa Sheikh Muhammad Soleh al-Munajjid)



%d bloggers like this: